Nuffnang Ads

Ahad, 11 Januari 2015

Musibah banjir

Tiada ulasan:
Beberapa keping lagi gambar2 yang berkaitan dengan musibah banjir di Manek Uai dan Kuala Krai.









Rabu, 7 Januari 2015

Banjir di Manik Urai dan Tanah Merah

Tiada ulasan:
Alhamdulillah. 05.01.2015, Isnin. Saya dapat bersama-sama beberapa orang teman turun melihat sendiri musibah banjir yang menimpa sebahagian besar rakyat Kelantan. Kami turun di Tanah Merah membantu membersih dan menghulurkan sumbangan bersama dengan pemuda Parti Islam Se-Malaysia negeri Terengganu. Kami dapat melihat suasana dan mendengar sendiri pengalaman mereka. Petang hari kedua kami pulang dan meninjau pula suasana di Kuala Krai dan Manik Urai. MasyaAllah ( Apa yang berlaku dengan kehendak Allah ), sungguh tersentuh hati dan menggerunkan melihat apa yang berlaku. Semoga mereka dan kita bertambah taqwa kepada Allah S.W.T.

Tanah Merah1
Tanah Merah2
Tanah Merah3
Jambatan di Manek Urai

Jambatan di Manek Urai2

Manek Urai3

Manek Urai4

Manek Urai5

Manek Urai6

Manek Urai7

Manek Urai8. Ni bukan pokok yang mati tapi bersalut lumpur.

Manek Urai9


Sabtu, 27 Disember 2014

Banjir 2014 Di Malaysia

Tiada ulasan:
Beberapa suasana banjir atau bah yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini. Antara negeri yang terlibat: Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Perak dan Perlis. Banjir terburuk adalah di Kelantan. Hampir seluruh negeri Kelantan dinaiki air, yang terburuk di Kuala Krai. Semoga Allah Taala merahmati mangsa-mangsa banjir ini. Salurkan bantuan kewangan, tenaga dan pengangkutan yang sesuai. Hulurkan doa dan munajat kepada Allah buat mereka.

Beberapa keadaan pada 25.12.2014 di Kelantan











Sumber: Web Kitepunye , Fb Muharikah , Mysumber



Khamis, 18 Disember 2014

Khasiat susu

Tiada ulasan:
SUSU adalah sejenis makanan yang kaya dengan nutrien dan dipenuhi sumber vitamin serta mineral baik seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium.


Tahukah anda daripada hidangan makanan yang diambil setiap hari, tiada satu pun menyamai kepentingan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segelas susu selain turut digunakan secara meluas di seluruh dunia.



Dianggarkan bermula tahun 9000 sebelum Masihi lagi, manusia mula meminum susu bagi menjaga kesihatan tubuh badan. Malah, susu juga adalah sumber nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak pada peringkat awal perkembangan tumbesaran mereka dan ia harus diamalkan sepanjang usia.



Manfaat ini boleh diperoleh secara terus dengan meminum susu ataupun mengambil produk tenusu seperti keju, mentega susu, dadih, minyak sapi, aiskrim dan pelbagai lagi.



Walaupun sedar kebaikan susu tetapi masih ramai wanita yang cuba mengelaknya atas pelbagai alasan termasuk tidak boleh menerima rasa semula jadi susu dan masalah tidak toleran dengan gula susu yang menyebabkan mereka cirit-birit setiap kali mengambil minuman berkhasiat ini.



Sumber kalsium yang ada di dalamnya juga membantu mencegah tubuh daripada mengalami penyakit kronik berbahaya.



Ada beberapa sebab lain mengapa kita perlu minum susu atau mengambil produk tenusu iaitu: - Mencegah masalah osteoporosis atau tulang rapuh. Individu dewasa memerlukan 1,000 hingga 1,200 miligram kalsium sehari dan minum susu yang diperkaya dengan mineral ini cara paling mudah untuk mendapat bekalan kalsium harian.



Oleh kerana tulang sentiasa mengalami proses kemerosotan dan pembinaan semula, isu terlewat menjaga kesihatan tulang tidak timbul. Susu boleh diambil pada semua peringkat umur sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa atau orang tua.



Kita akan mengalami osteoporosis (tulang rapuh) jika terus membiarkan tulang merosot, sedangkan perkara ini boleh dicegah dengan mengambil makanan kaya kalsium seperti susu dan produk tenusu, mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam.



- Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein. Satu pek dadih rendah lemak contohnya mampu membekalkan satu pertiga daripada keperluan kalsium harian anda dan hampir 17 peratus protein.



- Vitamin D - Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium, malangnya ia sering dipinggirkan. Badan kita boleh menghasilkan vitamin D jika mendapat cukup cahaya matahari (terutama pada waktu pagi).



Cara paling mudah ialah minum susu rendah lemak yang diperkaya dengan vitamin D. Ada kajian mendapati vitamin D juga boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.



- Tingkatkan ketumpatan tulang - Kajian .di Finland ke atas gadis remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan kaya kalsium (seperti keju) mempunyai ketumpatan tulang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil keju.



- Tekanan darah - Kajian ke atas 5,000 orang dewasa di Sepanyol mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak (susu skim dan susu rendah lemak) dalam masa dua tahun kurang berisiko (54 peratus) mengalami tekanan darah tinggi.



-------------------------
Cubalah rasa susu Marigold UHT hari ini. Yogurt pun ada!
Lihat di sini- Marigold

Rabu, 17 Disember 2014

Pam Tayar

Tiada ulasan:
Bila sudah ada kenderaan sendiri maka kenalah sentiasa menjaga dengan baik keadaan kenderaan itu. Pemanduan juga akan bergerak lancar. Tetapi cara bawa juga perlulah berkeadaan baik dan berhati-hati walaupun laju. Kalau kita menggunakan kenderaan orang lain pun perlulah menjaganya. Amanah! Kawan tu bagi pinjam pun dah cukup baik.

Hari ini saya ingin kongsi kepada pengunjung blog berkenaan panduan mengisi angin tayar. Pergi makan angin tidak menjamin tayar anda dalam keadaan berisi angin. Sebelum bertolak untuk pergi makan angin maka tayar kenderaan anda kena bagi makan angin dulu.

Angin pada tayar anda memainkan peranan juga dalam pemanduan. Kurangnya angin pada kenderaan anda boleh mengundang bahaya. Pemanduan juga kurang selesa.

Ada sesetengah senior beritahu kalau nak pam tayar jangan bagi paras angin sama pada keempat-empat tayar itu. Contoh: 2 biji tayar belakang dipam 220kpa, untuk bahagian depan bolehlah dipam 200kpa. Kenapa? Bila kereta anda bergerak laju bahagian hadapan menjunam sedikit menjadikan pemanduan akan lancar. Boleh try dulu!. Yang penting tidak pam lebih dari yang disyorkan.

Selamat mencuba!
Berhati-hati di jalanraya!