Nuffnang Ads

Rabu, 17 Disember 2014

Pam Tayar

Bila sudah ada kenderaan sendiri maka kenalah sentiasa menjaga dengan baik keadaan kenderaan itu. Pemanduan juga akan bergerak lancar. Tetapi cara bawa juga perlulah berkeadaan baik dan berhati-hati walaupun laju. Kalau kita menggunakan kenderaan orang lain pun perlulah menjaganya. Amanah! Kawan tu bagi pinjam pun dah cukup baik.

Hari ini saya ingin kongsi kepada pengunjung blog berkenaan panduan mengisi angin tayar. Pergi makan angin tidak menjamin tayar anda dalam keadaan berisi angin. Sebelum bertolak untuk pergi makan angin maka tayar kenderaan anda kena bagi makan angin dulu.

Angin pada tayar anda memainkan peranan juga dalam pemanduan. Kurangnya angin pada kenderaan anda boleh mengundang bahaya. Pemanduan juga kurang selesa.

Ada sesetengah senior beritahu kalau nak pam tayar jangan bagi paras angin sama pada keempat-empat tayar itu. Contoh: 2 biji tayar belakang dipam 220kpa, untuk bahagian depan bolehlah dipam 200kpa. Kenapa? Bila kereta anda bergerak laju bahagian hadapan menjunam sedikit menjadikan pemanduan akan lancar. Boleh try dulu!. Yang penting tidak pam lebih dari yang disyorkan.

Selamat mencuba!
Berhati-hati di jalanraya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat datang ke blog saya. Terima kasih atas ulasan anda. Kunjungi lagi ke sini ;)