Nuffnang Ads

Ahad, 30 November 2014

Cuti Sekolah- Manfaatkan masa

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Cuti sekolah bagi tahun 2014 sudah bermula. Bagaimana anda sekeluarga memanfaatkannya? Bagaimana pengisian cuti untuk anak-anak selama lebih sebulan? Adakah aktiviti pendidikan dan pembelajaran mereka dikosongkan selama itu?



Sabtu, 29 November 2014

Sisters In Islam

Allah Taala tuhan yang mencipta, menghidup, mengatur dan mematikan semua makhluk. Jika ingin hidup bebas mengikut nafsu sendiri, sila cari planet dan langit lain.
 Awasi slogan dan politik mereka...




Jumaat, 28 November 2014

Media Mujahid berwajah baru

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pengunjung di sini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, tibap-tiba ada semangat baru untuk berblog semula setelah hampir setahun laman ini tidak berisi, kata bloggers 'bersawang'.

Setelah membaca beberapa saranan dan semangat daripada beberapa blogger yang saya lawati maka timbul pula untuk terus berblog. Walaupun hakikatnya saya tidak mahir dalam bidang penulisan tetapi ingin mencuba menggunakan media ini untuk berkarya dalam pelbagai genre. Selain itu, menampal maklumat-maklumat penting yang menarik minat saya untuk kegunaan saya dan para pelayar maya yang memerlukan maklumat tersebut.

Sambil menyelam minum air. Bukan sekadar maklumat dan ilmu pengetahuan dapat diperolehi, saya juga ingin meneroka peluang yang terbentang di alam maya ini untuk menambah rezeki. Semoga para pelayar laman ini dapat memberikan komen dan cadangan membina untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.

Siiru 'ala barokatillah, wassalam.