Nuffnang Ads

Khamis, 18 Disember 2014

Khasiat susu

SUSU adalah sejenis makanan yang kaya dengan nutrien dan dipenuhi sumber vitamin serta mineral baik seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium.


Tahukah anda daripada hidangan makanan yang diambil setiap hari, tiada satu pun menyamai kepentingan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segelas susu selain turut digunakan secara meluas di seluruh dunia.



Dianggarkan bermula tahun 9000 sebelum Masihi lagi, manusia mula meminum susu bagi menjaga kesihatan tubuh badan. Malah, susu juga adalah sumber nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak pada peringkat awal perkembangan tumbesaran mereka dan ia harus diamalkan sepanjang usia.



Manfaat ini boleh diperoleh secara terus dengan meminum susu ataupun mengambil produk tenusu seperti keju, mentega susu, dadih, minyak sapi, aiskrim dan pelbagai lagi.



Walaupun sedar kebaikan susu tetapi masih ramai wanita yang cuba mengelaknya atas pelbagai alasan termasuk tidak boleh menerima rasa semula jadi susu dan masalah tidak toleran dengan gula susu yang menyebabkan mereka cirit-birit setiap kali mengambil minuman berkhasiat ini.



Sumber kalsium yang ada di dalamnya juga membantu mencegah tubuh daripada mengalami penyakit kronik berbahaya.



Ada beberapa sebab lain mengapa kita perlu minum susu atau mengambil produk tenusu iaitu: - Mencegah masalah osteoporosis atau tulang rapuh. Individu dewasa memerlukan 1,000 hingga 1,200 miligram kalsium sehari dan minum susu yang diperkaya dengan mineral ini cara paling mudah untuk mendapat bekalan kalsium harian.



Oleh kerana tulang sentiasa mengalami proses kemerosotan dan pembinaan semula, isu terlewat menjaga kesihatan tulang tidak timbul. Susu boleh diambil pada semua peringkat umur sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa atau orang tua.



Kita akan mengalami osteoporosis (tulang rapuh) jika terus membiarkan tulang merosot, sedangkan perkara ini boleh dicegah dengan mengambil makanan kaya kalsium seperti susu dan produk tenusu, mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam.



- Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein. Satu pek dadih rendah lemak contohnya mampu membekalkan satu pertiga daripada keperluan kalsium harian anda dan hampir 17 peratus protein.



- Vitamin D - Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium, malangnya ia sering dipinggirkan. Badan kita boleh menghasilkan vitamin D jika mendapat cukup cahaya matahari (terutama pada waktu pagi).



Cara paling mudah ialah minum susu rendah lemak yang diperkaya dengan vitamin D. Ada kajian mendapati vitamin D juga boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.



- Tingkatkan ketumpatan tulang - Kajian .di Finland ke atas gadis remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan kaya kalsium (seperti keju) mempunyai ketumpatan tulang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil keju.



- Tekanan darah - Kajian ke atas 5,000 orang dewasa di Sepanyol mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak (susu skim dan susu rendah lemak) dalam masa dua tahun kurang berisiko (54 peratus) mengalami tekanan darah tinggi.



-------------------------
Cubalah rasa susu Marigold UHT hari ini. Yogurt pun ada!
Lihat di sini- Marigold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat datang ke blog saya. Terima kasih atas ulasan anda. Kunjungi lagi ke sini ;)